Showing posts with label berkebun. Show all posts
Showing posts with label berkebun. Show all posts

Tuesday, 9 October 2012

Coco peat /sabut kelapa gunakan tanpa was-was



Coco peat atau sabut kelapa adalah medium yang bukan asing lagi dalam bidang pertanian. Penggunaanya yang meluas dalam penanaman Cili Bengala, Tomato, Tomato Ceri, Tembikai, Cili Padi Centil dan sayur-sayuran bernilai tinggi. Malahan pengusaha nurseri juga menggunakan cocopeat dalam media tanaman dengan nisbah 3:2:1:1 (tanah peroi: tanah gambut: pasir sungai: coco peat) .


Jenis –jenis cocopeat

Halus dan separa halus( sesuai untuk dicampur bersama medium tanaman)
 
Kasar( sebagai sungkupan)



Penggunaan cocopeat dalam tanaman landskap:


1)memperbaiki kondisi tanah
Sifat cocopeat yang menyerap dan menyimpan air membantu mengekalkan kelembapan dan memperbaiki saliran air medium. Disamping pH dan keporosan cocopeat yang baik untuk akar tanaman.

2)menambah nutrisi tanah
Cocopeat memberi nutrien organik yang mana ianya yang selamat dan sesuai untuk pertumbuhan.

3)sungkupan
Jenis yang sesuai digunakan adalah cocopeat kasar. Tujuan sungkupan dilakukan adalah untuk mengekalkan kelembapan tanah supaya dapat mengurangkan kadar penyejatan air. Selain itu ia dapat mengawal pertumbuhan rumpai dan rumput di kawasan tanaman , mencantikkan permukaan medium dan cocopeat akan bertukar menjadi baja apabila ia mula mereput.





campuran cocopeat dalam medium tanaman



sungkupan pada tumbuhan


Info tambahan:

Terdapat banyak jenis cocopeat di pasaran ada diantaranya diimport dimana nilainya lebih tinggi (bergantung kepada kualiti ). Pernah debungor beli di nurseri cocopeat berharga RM2.00 (bungkus kecil) dan RM50.00 (seguni).

*credit*

Notes: pokok kelapa ada seribu satu kegunaannya

Tuesday, 19 April 2011

teknik pembiakan tanaman (penyediaan dan penjagaan )

Taman Tasik Taiping
keindahan pokok-pokok di T.T.Taiping

Melihat pokok-pokok yang rendang berbunga pasti membuatkan ramai ingin mengetahui bagaimana cara-caranya untuk menanam pokok, khususnya dari permulaan proses tanaman.Oleh itu, debungor ingin berkongsi teknik pembiakan tanaman yang boleh dipraktikkan bersama .Keberkesanan kesemua teknik ini bergantung kepada kesesuaian jenis tanaman yang dipilih dan mengikuti prosedur dan penjagaan yang betul.Hope info ini dapat membantu anda semua :)

(teknik penanaman semulajadi )

  • rayapan/menjalar
  • belahan 
  • umbisi
  • bebawang
  • rizom
  • tuber
  • biji benih induk
1.0 penanaman melalui biji benih 

contoh biji benih

  1.  Panduan cara memilih biji benih
    • Bagi pokok semusim, pilih biji benih daripada pokok yang sihat, tidak terlalu besar atau terlalu kecil
    • Buah yang dipetik hendaklah cukup masak
    • Bebas dari penyakit dan perosak
    • Biji benih perlu dikeringkan/disimpan di tempat yang sesuai
    • Bernas
  2. Merawat biji benih
    • Biji benih perlu dirawat terlebih dahulu sebelum disemai (mengelakan penyakit –jenis kulat)
        • Thiram
        • Benlate
        • Copper sulfate (kadar bancuhan 1 gm/liter air)
  3. Medium penyemaian
    • Sabut terproses, vermiculite, perlite, pasir
    • Camputan bahan di atas
  4. Langkah penyemaian
    • Sediakan medium pasir sungai ke dalam bekas
    • Siram supaya medium lembap
    • Biji benih halus digaul dengan pasir (1 bhg benih:3 bhg. pasir)
    • Tabur biji benih di atas permukaan medium
    • Biji benih ditutup dengan satu lapisan medium dan siram semula
    • Bekas ditutup dengan plastik hingga benih bercambah

(teknik penanaman buatan)

1.0 teknik keratan dahan,daun dan batang
keratan daun,batang dan akar

Menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman

1.0.1 Jenis keratan batang
  • Keratan Kayu Lembut 
        - bahagian termuda sekali atau masih hijau      
        - panjang keratan 10-15 cm, 2-3 helai  daun
        - contoh : Altenanthera sp, Portulaca sp. dan Coleus sp.
  • Keratan Kayu Sederhana
         - bahagian dahan atau ranting yang baru matang                                                              
         -panjang keratan 10-20 cm, beberapa helai daun 
         -  contoh : Hibiscus sp., Duranta sp. dan Ixora sp.

  • Keratan Kayu Keras  
       - bahagian batang atau dahan yang telah matang    
       - semua daun hendaklah dibuang
       - contoh : Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis  dan Baphia nitida
                                           
1.0.2 Medium penyemaian
  • medium mempunyai saliran baik, gembur, tidak mgandungi biji benih rumpai & agen penyakit serta serangga                                      
  • medium yang sesuai :1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik

1.0.3 Hormon pengakaran
  •   digunakan untuk membantu dan menggalakkan pengeluaran dan pertumbuhan akar
  •   jenis hormon ?Seradix 1, 2, 3 dan Hormoton A dan B

1.0.4 Menyemai keratan
  • sebelum menyemai, celup bahagian bawah keratan dengan hormon penggalak akar
  • masukkan ke dalam lubang atau alur yang disediakan

1.0.5 Pembentukan akar
  • akar keratan akan mula tumbuh dalam masa 1 minggu hingga 6 minggu
  • keratan yang tidak mudah dicabut menunjukkan ianya telah mula berakar

2.0 teknik TUT
teknik tut
  • Teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada induk
  • Bahagian yang terlibat mendapat makanan dan air dari pokok induk
  • Apabila tut telah berjaya, ia dipisahkan daripada pokok induk
  • Kelebihan tut
                            i.      Ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya
                            ii.      Tanaman baru lebih cepat matang

2.0.1 Kekurangan tut
                            i.      Tidak boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak pada
                                    sesuatu pokok induk
                            ii.      Tanaman lebih mudah tumbang kerana tidak mempunyai
                                     akar tunjang
                            iii.      Memerlukan kemahiran membuat tut

2.0.2 Medium pengakaran
                            i.       nisbah yang sesuai ialah 1 bahagian tanah loam dan 1
                                     bahagian bahan organik
                            ii.       medium digaul rata dan dicampur sedikit air supaya
                                     melekit untuk dibentuk bebola

2.0.3 Pemilihan dan penyediaan dahan
  • pilih dahan pokok induk yang sihat, ukuran diameter 1 cm dan tiada ranting kecil pada bahagian yang hendak dilakukan tut
  • buat dua kelaran mengelilingi dahan pada jarak 2.5- 5 cm
  • kopek kulit antara kelaran tersebut dan kikis lapisan kambium untuk mengelakkan kulit bercantum semula
  • sapukan hormon penggalak akar pada bahagian atas
  • bentuk medium seperti bebola 5 cm diameter
  • bahagikan bebola kepada dua bahagian dan lekapkan pada bahagian yang dikikis
  • kejapkan medium pada dahan dan balut dengan plastik lut sinar
  • ikat kedua-dua hujung bahagian yang telahdibalut

2.0.4 Penjagaan tut 
  • ranting yang dibuat tut akan mula berakar setelah beberapa minggu direkodkan :
  1. Tarikh membuat tut
  2. Tarikh tut mengeluarkan akar
  3. Kira peratus kejayaan tut

2.0.5 Mengubah anak pokok 
  • tut akan berakar dalam masa 1-3 bulan
  • tut yang berjaya boleh diubah ke beg politena atau pasu
  • potong dahan bahagian bawah tut untuk asingkan dari induk
  • buang plastik lut sinar sebelum anak pokok ditanam untuk membolehkan akar berkemban


3.0 teknik cantuman baji dan sandingan
  • Cantuman baji dilakukan untuk menukarkan pokok besar
  • Cantuman sanding dilakukan untuk mencantum beberapa varieti menjadi satu pokok
  • Tumbuhan yang sesuai untuk cantuman baji :Coleus blumei, Bougainvillea sp. dan Hibiscus rosa sinensis
  • Tumbuhan yang sesuai untuk cantuman sanding :Acalypha sp. dan Codieum variegatum
3.0.1  Teknik cantuman

Cantuman baji    
  • sion diambil dari pokok induk dan disatukan kepada pokok penanti   (stok)yang telah dibuat belahan                                             
  • 2-3 minggu periksa cantuman, jika sion masih hijau, cantuman berjaya
Cantuman sanding 
  • dilakukan terhadap dua batang pokok yang bersaiz hampir sama
  • kedua-dua sion dan pokok penanti dihiris selebar 2-3 cm, kemudian ditemukan supaya  bahagian kambium bertemu dengan baik
  • ikat tempat cantuman dengan pita
  • pada masa ini sion masih mendapat bekalan nutrien dari pokok induknya
3.0.2 Penjagaan pokok cantuman    
  • setelah dicantum, letakkan di tempat yang teduh
  • siram dua kali sehari
  • pokok dilabel tarikh cantuman, kaedah dan jenis cantuman
  • selepas 10-14 hari tanggal serkup plastik pada cantuman baji untuk pastikan kejayaannya
  • apabila cantuman sanding berjaya, potong sion daripada pokok induknya bagi membolehkannya membesar bersama pokok penanti
credit to: website fazlisyam.com & forumpertanian.8.forumer.com 

 p/s: entry ini dibuat untuk menjawab persoalan faizfiraz

    Friday, 1 April 2011

    Bunga Ros (penyedian dan penjagaan)

    rose
    Rose adalah tanaman yang sinonim dengan baunya yang wangi dan karekter yang  romantis ia juga menjadi pilihan kerana mempunyai kepelbagaian variasi warna. Akan tetapi untuk menanam bunga ros memerlukan penjagaan yang rapi kerana bunga ros cukup sensitif dan sukar dijaga(terutama bagi mereka yang sentiasa sibuk).Oleh itu, saya akan menerangkan langkah penanaman bunga ros dari mula hinggalah rutin penjagaannya.

    medium tanaman
    sediakan campuran seperti berikut.
    a)tanah loam,
    b)sabut kelapa(coco peat)
    c)pasir, sekam dan tanah bakar.

    prosedur :
    1)sediakan medium tanaman seperti diatas

    2) bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. (Jika ingin ditanam di kawasan lapang)

    3)bunga ros boleh ditanam secara keratan batang,pastikan potongan serong dilakukan sebelum ditanam ke dalam medium

    4)Ros sukar hidup jika ditanam bersama-sama dengan pokok bunga yang lain.pastikan bunga ros anda ditempatkan di dalam kumpulan ros sahaja.

    5)setelah Keratan ros ditanam ,siram pokok itu untuk melembabkan medium bagi membolehkan penyerapan nutrien bagi keratan tersebut.

    heaven for rose lover
    I love pink roses:)
    what a view~


    Tips penjagaan:
    1)penyiraman: 2 kali sehari ,pagi dan petang(siram pada tanah bukan pada daun pastikan tanah betul-betul lembab)

    2)pembajaan: 2 kali seminggu, baja D.I.Y (isi ikan, kulit udang, sayuran, serbuk soya dan ekstrak sawit) atau lebih mudah guna Schultz Rose plant food(1sudu).elak guna baja kumbahan(kerana bersifat panas)

    3)pencantasan/pruning: wajib dicantas untuk mendapatkan bunga yang banyak.Bunga ros perlu dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang kira-kira 15cm daripada tangkai bunga gugur.kalau ada ranting yang berpenyakit,cantas sahaja.

    4)Pencahayaan: matahari penuh untuk kurangkan risiko black spot dan tidak perlu letak bawah net.

    5)Jika terdapat powdery mildew(putih-putih pada daun) boleh sembur organic antifungal atau d.i.y (campuran  3 teaspoon baking soda ,2 tablespoon oil ,air)sembur pada daun yang berpenyakit.

    *credit*

    p/s: entry ni khas untuk kak nora shahaira sebab dia yang request =)

    Sunday, 13 March 2011

    orkid (penyediaan dan penjagaan)

    orkid adalah tanaman yang popular untuk ditanam kerana sifat nya yang unik dan mempunyai pelbagai jenis warna. Akan tetapi ia juga dikenali dengan sifat nya yang sensitif, lantaran itu ramai memilih untuk tidak menanam orkid *sayang betul.Oleh itu, saya akan menerangkan langkah penanaman orkid dari mula hinggalah rutin penjagaannya.


     medium untuk penanaman orkid 
    ada banyak medium yang boleh digunakan untuk menanam pokok orkid .
    a)arang @ kayu2 terpakai bersama dengan batu-bata tanah liat
    b)habuk papan
    c)sungkupan sabut kelapa
    d)perlite, tanah gambut dan pasir

     prosedur :

    1)boleh gne ape-ape medium diatas tapi saya sarankan guna habuk papan atau coco peat                              
    coco peat boleh didapati di mana-mana nurseri

    2)penuhkan separuh dari pasu dengan coco peat kemudian secara tegak masukkan anak                        pokok orkid.kemudian masukkan lagi coco peat sehingga penuh .                                                         

    3)padatkan habuk papan dan siram bagi tujuan melembabkan medium tersebut.

    tips:
    • penyiraman :sekali sehari  (pastikan tidak terlebih air kerana akar orkid akan rosak)
    • pembajaan :2 kali seminggu 
    • keperluan:cahaya yang teduh (boleh letak plant shelter)
    • keratan bunga orkid boleh bertahan sehingga 2 minggu didalam bekas yang berisi sedikit air.sangat sesuai dijadikan gubahan bunga segar.

    cantik bukan? selain boleh di tanam di luar terdapat juga indoor orchid

    p/s:mak saya seorang penggemar orkid.juga seorang yang sensitif :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    terima kasih ,sila datang lagi. Powered by Blogger.