Monday, 9 May 2011

pokok gula / stevia

Stevia Rebaudiana

apa itu stevia?

bagi yang masih tidak tahu mengenai stevia, stevia ini adalah sejenis daun pemanis semulajadi yang lebih manis dari gula biasa(300x) malah berkalori rendah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah dari Spesis Rebaudiana. Pokok stevia berasal dari Paraguay,Amerika Latin. Ianya adalah pemanis paling sesuai bagi menggantikan gula tebu. Daun Stevia amat disyorkan bagi penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Pembiakan:

medium : jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.

penyiraman: 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.


Pembiakan: selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

pokok stevia
Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang.






serbuk stevia

kelebihan pengambilan stevia:

membantu menurunkan  kadar gula dalam darah(sesuai untuk penyakit diabetes dan hypoglycemia)
menurunkan tekanan darah
pemanis semulajadi yang sesuai peringkat umur dan jantina
meningkatkan kadar tenaga tubuh badan
membantu sistem penghadaman
mengawal berat badan berlebihan(obesiti)

Debungor pernah try yang ni


benih stevia boleh dibeli di
dan banyak lagi:)

Produk stevia kini banyak didapati di Malaysia samada berbentuk ekstrak,kordial dan serbuk. Bagi yang tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan berkaitan gula juga disyorkan mengambil stevia kerana kelebihannya lebih manis dari gula biasa dan tidak mengandungi kalori & toksid.Malah penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

p/s: beringat sebelum terlambat,
       sebelum kencing manis menjadi sahabat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
terima kasih ,sila datang lagi. Powered by Blogger.