Wednesday, 3 October 2012

Hippeastrun reticulatum / Strip leaved amaryllis



Bunganya memang cantik sangat
Tahun lepas saya ada beli pokok bunga ni di nursery sungai buloh sebab berminat dengan bunganya yang cantik.Antara sebab yang lain ialah ketahanan pokok bunga ini terhadap sinaran matahari penuh memandangkan kawasan rumah saya yang panas dan terik sepanjang masa. Tiap tangkai pokok ini boleh mengeluarkan 4 hingga 5 kuntum bunga yang besaiz sedehana besar.

Penerangan:


Botanical name: Hippeastrun Reticulatum

Common name: Strip leaved amaryllis

Categori: shrubs

Origin: brazil

Family: amaryllidaceae

Flowers: pink,merah dan oren *yang saya beli yang warna merah dan pink

Soil: 6.6-7.5 (neutral)

Growth : cepat

Height: 15-30 cm



ditanam di dalam pasu

ditanam secara berkelompok


penjagaan:


Penyiraman : Siram secara sederhana banyak

Pembajaan
: dua/tiga kali sebulan

Pencahayaan:
Separa hingga matahari penuh *lebih sesuai ditanam di separa teduh

serangan penyakit:  kulat dan kutu daun pada bahagian daun

Terdapat variasi hippeastrum di pasaran ada juga dia antaranya yang dihybridkan.harga dalam lingkungan 5-7 ringgit se pollybag bergantung kepada saiz.Ianya mudah untuk didapati dan dijaga .Hippeastrum boleh dibiakkan melalui bebawangnya. Sesuai juga untuk ditanam sebagai indoor plant.



Notes: sekian lama tak update blog ni rasa janggal dan dah lupa macam mana nak post entri =’).macam mana pun terima kasih sebab masih ada yang baca dan ada yang minta untuk teruskan blogging maka terasa bersemangat kembali.dulu nak quit je sebab rasa” macam tak ada orang pun yang baca” .well from now on, saya akan berusaha untuk merajinkan diri dan memperbaiki isi kandungan blog debungor .sekian~*mengharapkan motivasi diri ini berpanjangan=:: )

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
terima kasih ,sila datang lagi. Powered by Blogger.