Friday 19 August 2022

Gymnocalycium Mihanovichii Variegated

Gymnocalycium pertama Debungor

Gymnocalycium ialah sejenis tumbuhan dari kumpulan kaktus dan sukulen. Bermula tahun 2020 iaitu tempoh Malaysia mengadakan PKP debungor mengambil peluang cuti yang panjang itu untuk mendalami tumbuhan ini dengan lebih terperinci. Sukulen dan Kaktus adalah tumbuhan yang jarang diberi perhatian dalam trend lanskap Malaysia membuatkan ianya satu cabaran untuk debungor memahami tumbuhan ini. 

Terdapat lebih 70 variasi Gymnocalycium yang dikenal pasti. Setelah menjalani proses suai kenal tanaman Kaktus, Gymnocalycium Mihanovichii Variegated menjadi pilihan hati debungor. 

Selain dari membeli di Nurseri dan penjual personal, debungor juga mengimport Gymnocalycium dari negara Thailand kerana variasinya yang lebih menarik. 

Bermula dari satu dan kini lebih dari 300 Gymno yang direkod telah ditanam

Menariknya mengenai Gymno ini ialah kecenderungannya untuk berubah mengikut keadaan persekitaran. Ianya sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai ruang laman yang terhad dan tidak mempunyai masa untuk memberi penjagaan harian. 

Penerangan:

Botanical name: Gymnocalycium
Common name: Chin cactus
Origin: Argentina
FamilyCactaceae
Soil: Tanah poros bersaliran baik
Growth : lambat
Height: 4-15 cm
Landscape uses: Oleh kerana pertumbuhan yang lambat dan saiz yang kecil membuatkan ianya lebih sesuai sebagai tanaman laman berskala kecil.

Penjagaan:

Penyiraman : dua kali seminggu (bergantung kepada cuaca & kelembapan tanah)
Pembajaan : 3@6 bulan sekali (osmocote merah & chocolate)

Pencahayaan: matahari penuh(waktu pagi sahaja) atau separa teduh sepanjang hari


kecantikan Gymno terletak pada komposisi yang simetri. Merangkumi bentuk, keseimbangan corak variegated dan keunikan hybrid. 
Antara Koleksi Sepia yang menjadi kegemaran debungor iaitu Sepia A, Sepia B dan hybrid keduanya. Diambil dari baka kebun Uncle Chorn's Cabin Thailand.


Notes: Sepanjang tempoh debungor aktif mengumpul data mengenai Gymno terdapat beberapa komuniti facebook page yang banyak membantu debungor. Antaranya Peminat Kaktus Dan Sukulen Malaysia & Gymnocalycium mihanovichii & Lb2178 variegated Malaysia . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
terima kasih ,sila datang lagi. Powered by Blogger.