![]() |
| rose |
medium tanaman
sediakan campuran seperti berikut.a)tanah loam,
b)sabut kelapa(coco peat)
c)pasir, sekam dan tanah bakar.
prosedur :
1)sediakan medium tanaman seperti diatas
2) bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. (Jika ingin ditanam di kawasan lapang)
3)bunga ros boleh ditanam secara keratan batang,pastikan potongan serong dilakukan sebelum ditanam ke dalam medium
4)Ros sukar hidup jika ditanam bersama-sama dengan pokok bunga yang lain.pastikan bunga ros anda ditempatkan di dalam kumpulan ros sahaja.
5)setelah Keratan ros ditanam ,siram pokok itu untuk melembabkan medium bagi membolehkan penyerapan nutrien bagi keratan tersebut.
![]() |
| heaven for rose lover |
![]() |
| I love pink roses:) |
![]() |
| what a view~ |
Tips penjagaan:
1)penyiraman: 2 kali sehari ,pagi dan petang(siram pada tanah bukan pada daun pastikan tanah betul-betul lembab)
2)pembajaan: 2 kali seminggu, baja D.I.Y (isi ikan, kulit udang, sayuran, serbuk soya dan ekstrak sawit) atau lebih mudah guna Schultz Rose plant food(1sudu).elak guna baja kumbahan(kerana bersifat panas)
3)pencantasan/pruning: wajib dicantas untuk mendapatkan bunga yang banyak.Bunga ros perlu dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang kira-kira 15cm daripada tangkai bunga gugur.kalau ada ranting yang berpenyakit,cantas sahaja.
4)Pencahayaan: matahari penuh untuk kurangkan risiko black spot dan tidak perlu letak bawah net.
5)Jika terdapat powdery mildew(putih-putih pada daun) boleh sembur organic antifungal atau d.i.y (campuran 3 teaspoon baking soda ,2 tablespoon oil ,air)sembur pada daun yang berpenyakit.
![]() |
| *credit* |
p/s: entry ni khas untuk kak nora shahaira sebab dia yang request =)
















12 comments:
suka ros merah
sedapnya..bunga2 ros tu..patutla mahal..agak rumit nak hidupkan dia..menjadi ke akak nora tanam ni..
kak nora:apa khasiatnya kalau makan bunga ros kak?Insyaallah jadi tapi kene salalu jaga sebab banyak penyakit bunga ros ni~
ct wawa:debungor suka ros pink n putih:)
salam..wah akak suka sesangat bunga ros..tq
Assalamualaikum...
1st time tgk org letak entri pasal bunga2 mcm ni..so detail :-)
bab2 jaga tanaman ni, kene consistent. susah la, saya xbiasa..hehehe..
happy blogging :-)
regards,
BLADE EDGE
kak suri:welcome...nak tengok jugak kalau bunga ros yang ditanam menjadi.tumpang gembira:)
blade edge:thanks blade~kene spend masa skit nak jage pokok2 ni tapi its worth bile tengok dia m'besar dgn sihat...kalao ade automatic sprinkler mungkin x jadi masalah:)
Salam,
tanah bakar dalam english apa ye? :)
Assalam Cik NurAzreen,
Boleh terangkan pada saya mengapa daun ros menjadi kerinting seperti terbakar dan perkara yang sama terjadi kepada pucuk yang baru tumbuh.
Bagaimana saya hendak mengatasi perkara ini?
cmne nk jaga bunga ros merah setangkai yang boyfriend bg?? syg sgt, mcm dah nk layu
klau gune tanah besa2 bley x ??......... mcm tnah paya,tanah yg wrne koko 2 (blakang rmah)...... untuk gntikan tnah loam...sye x tau la tanah loam 2 ape ......
Assalamualaikum....
Nak tanya....camna nak jaga bunga yang da kena cantas dari pokok dia????....nak wat bunga tu tahan lama sikit...trutamanya untuk hiasan dalam rumah???
bunga ros saya dijangkiti penyakit, habis semua bunga .serangga yang menjangkiti seperti hama berwarna putih dan sangat kecil, apa harus saya lakukan?
Post a Comment