Friday 9 November 2018

Pokok Kenanga / Cananga Odorata


Kenanga atau Ylang-Ylang adalah sejenis bunga yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri parfume & aroma therapy. Antara perfume yang terkenal menggunakan Kenanga seperti Chanel no.5, Coco Mademoiselle, Christian Dior J'Adore Extrait dan banyak lagi.
Selain dari kegunaannya dalam wangian, bunga kenanga juga dipercayai memberi manfaat kepada kesihatan samada digunakan sebagai stress reliever ia juga membantu merawat darah tinggi.
Kewujudannya adalah suatu rahmat tuhan dan antara wangian kegemaran debungor. Terdapat 2 variant iaitu Cananga Odorata & Cananga Lotifolia . Bunga Kenanga yang matang berwarna kuning dan hijau ketika masih muda.

Penerangan:

Botanical name: Cananga Odorata
Common name: Kenanga, Ylang Ylang
Category: Tree
Origin: Malaysia, Indonesia & Philippines
FamilyAnnonaceae
Soil: Tanah berasid
Growth :cepat
Height: 3- 30 meter  (pruning diperlukan)

Pokok Kenanga 

Bunga Kenanga




Penjagaan:

Penyiraman sekali sehari
Pembajaan : dua minggu sekali
Pencahayaan: matahari penuh(lebih sesuai)

bunga kenanga yang dicuri dari laman mak debungor

Notes Mak debungor seorang penggemar bunga Kenanga, Debungor selalu petik beberapa kuntum bunga dan letak di bilik. Bau harumnya boleh tahan dari 4-7 hari. 


Tuesday 23 October 2018

Pemangkasan / Pruning


Pemangkasan adalah salah satu perkara asas dalam penjagaan suatu tanaman.
Ianya biasa dilakukan bagi tujuan membuang bahagian yang rosak, membentuk tanaman mengikut ketinggian dan rangka yang dikehendaki, menggalakkan pertumbuhan daun, bunga dan buah, menambahbaik peredaran udara dan kawalan penyakit.

Tips pemangkasan pokok bandaran

(Sumber dari FRIM)



Tips pemangkasan pokok muda 

(Sumber dari FRIM)














Note: Pastikan penggunaan alatan pemangkas yang betul dan  tajam disediakan. Kecuali jika anda dilahirkan sebagai Edward scissorhands. 

Monday 22 October 2018

Tumbuhan memanjat

Jenis tumbuhan memanjat (1) 

Jenis tumbuhan memanjat (2) 



























Oleh kerana ruang yang terhad, anda dinasihatkan untuk 'save picture' untuk membaca dengan lebih jelas.



Tumbuhan memanjat semakin mendapat tempat di hati penggemar landskap. Penggunaan trellis, gazebo, pergola, arch  lazim digunakan sebagai sokongan utama bagi tumbuhan ini. Jenis tumbuhan memanjat yang bunganya berwarna terang mudah menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Dari segi penjagaan, ianya mudah dijaga dan hanya memerlukan pemangkasan sederhana bagi mengekalkan kekemasan dan menggalakan pertumbuhan daun dan bunga.

Antara rekaan cool yang menggunakan tumbuhan memanjat







credit photo: Kien Truc


Note: I'm back :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
terima kasih ,sila datang lagi. Powered by Blogger.