Thursday 31 March 2011

cyperus papyrus/rumput papyrus

Tanaman aquatic yang cantik ini dinamakan cyperus papyrus.mudah dijaga dan boleh ditanam dimana sahaja(aqua condition) .


Penerangan:

Botanical name: cyperus papyrus
Common name: rumput papyrus/menerong
categori:Aquatic
Origin:Greek/Africa(ada banyakdi Africa)
Family: Cyperaceae
Soil:tumbuhan di dalam air,boleh tumbuh dalam campuran tanah liat,loam,pasir tetapi memerlukan kuantiti air  yang banyak
Growth :cepat
Height: 0.6-2.4 meter

contoh aplikasi penanaman cyperus papyrus



penjagaan:
Penyiraman :jika ditanam dalam tanah kekalkan kelembapan tanah
kondisi tanah: Tanah berasid atau neutral
Pembajaan : tak perlu selalu jika 2 minggu sekali sudah memadai
Pencahayaan: matahari penuh(lebih sesuai) atau separa penuh





*credit*
Notes: mengikut sejarah  awal tamadun Greek Cyperus Papyrus digunakan dalam penghasilan kertas.Tetapi kini cyperus papyrus telah digunakan secara meluas oleh landscape architect sebagai pilihan untuk tanaman akuatik.Cyperus papyrus bukan sahaja boleh ditanam di taman air dan laman,ia juga boleh ditanam di dalam rumah(indoor) di dalam pasu dan sebagainya.

Wednesday 30 March 2011

Silver Bismarck/Bismarckia Nobilis

Silver Bismarck/Bismarckia Nobilis
Mari kenal  palma yang nampak garang ini iaitu silver bismarck atau nama scientificnya ialah Bismarckia Nobilis.Saiz,bentuk dan daun Bismarckia yang tajam ini memberi satu daya tarikan,karekter, dan signifikan kepada suatu taman/ruang. 


Penerangan:

Botanical name: Bismarckia Nobilis
Common name: silver bismack
categori: palma
Origin:Madagascar
Family: Arecaceae
Soil:boleh hidup di pelbagai jenis tanah
Growth :cepat
Height: 15-18 meter (boleh juga mencapai 20 meter)
Diameter: boleh mencapai 6 meter ke atas




 
penjagaan:
Penyiraman :sekali sehari ( boleh tolerate kemarau)
Pembajaan : dua kali seminggu 
Pencahayaan: matahari penuh(lebih sesuai) atau separa penuh




cantik kan?:)


Notes: Bismarckia adalah salah satu palma kegemaran saya,saiznya yang besar serta penanaman Bismarckia sama ada secara tunggal,selari atau berkelompok mampu memberi kesan dramatis terhadap suatu ruang.

Monday 28 March 2011

pink trumpet tree/Tabebuia pallida

pink trumpet tree/Tabebuia pallida

Mari kenal pokok ala-ala pokok sakura Jepun yang boleh ditanam di Malaysia iaitu pink trumpet tree atau nama scientificnya ialah Tabebuia pallida.Jika anda suka pokok yang berbunga lebat dan ketinggian sederhana pokok ini amatlah sesuai untuk ditanam.


Penerangan:

Botanical name: Tabebuia Pallida
Common name: Pink Trumpet Tree
categori: pokok
Origin: Tropica
Family: Bignoniaceae
Flowers: putih dan pink
Soil: Tanah berasid,campuran loam,tanah liat dan pasir
Growth : sederhana
Height: 4-8 meter


penjagaan:
Penyiraman : Siram secara sederhana banyak
Pembajaan : dua kali seminggu 
Pencahayaan: Separa hingga matahari penuh
Racun: Batang pokok beracun

dinamakan pink trumpet kerana bentuk bunganya


 
*credit*

Notes: Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria. Tabebuia Pallida sesuai ditanam sebagai spesimen, pagaran ,halangan angin(windbreak) ,tepian Jalan, perumahan.

 

tower tree / Schizolobium Parahybum


mari kenal pokok yang femes ni iaitu tower tree atau nama scientificnya ialah schizolobium Parahybum.
boleh dijumpai mostly dimana-mana sebab landscape architect banyak guna pokok ini kerana karekternya yang unik ,mempunyai nilai aesthetic tersendiri malah senang tumbuh di malaysia kerana kesesuaian hidup di iklim khatulistiwa.

Penerangan:

Botanical name: Schizolobium Parahybum
Common name: Tower tree 
categori: pokok
Origin: Tropica
Family: Fabaceae-Caesalpinioideae
Flowers: kuning keemasan
Soil: Tanah berasid 5.00-6.oo pH
Growth : cepat membesar (boleh capai 7meter dalam 3 tahun)
Height: ketinggian matang pokok boleh mencecah 35 meter

penjagaan:
Penyiraman : Siram secara sederhana banyak
Pembajaan : dua kali seminggu 
Pencahayaan: Separa hingga matahari penuh
serangan penyakit:  batang pokok boleh dierang anai-anai dan serangga perosak yang lain

tower tree solo

tower tree trio


 tower tree beramai-ramai

Notes: karekter tower tree iaitu batangnya yang kurus dan tinggi dan daunnya yang seperti paku pakis menyebabkan ianya popular kerana apabila ditanam ia boleh menjadi fokal point bagi sesebuah taman/ruang.
tower tree boleh didapati di nurseri dalam harga 75.00-300.00 mengikut ketinggian atau harga yang nurseri tu letak :)

Energy Efficient Home Landscapes


Energy Efficient Home Landscapes from ASLA on Vimeo.

Sila lihat animasi yang menjelaskan cara menggunakan landskap untuk mengurangkan tenaga yang digunakan oleh sebuah rumah jenis pinggir bandar(sub urban). 
 
Kesan yang berlaku terhadap susun atur pokok,tanaman di atas atap(green roof) dan juga penggunaan tanaman dinding(wall planting) secara dramatik meningkatkan kecekapan tenaga bagi sesebuah rumah.
 penggunaan landskap di dalam suatu pembanggunan diyakini dapat mengurangkan masalah-masalah pencemaran dan melindungi manusia daripada ancaman seperti ribut taufan,tsunami, tanah runtuh dan banyak lagi.
Japan,2011

Aceh,2004


Kita tidak mungkin sama sekali dapat menolak bencana alam akan tetapi kita dapat mengurangkan impak-impak bencana alam itu dengan menjaga dan memelihara alam sekitar. saya berharap agar orang ramai lebih menyayangi persekitaran untuk kesejahteran kita bersama.



Friday 25 March 2011

japanese garden,bukit tinggi ,pahang.

luangkan masa anda untuk merasai pengalaman berada di jepun.*tanpa bunga sakura dan salji*  di hujung minggu bersama keluarga,kawan-kawan atau sesiapa sahaja .Tempoh perjalanan kalau dari KL tak sampai sejam pon dah boleh sampai ke bukit tinggi  ni.


peta dari google image

penerangan:
 
Melangkah melalui pintu gerbang yang berunsurkan rustik dan batu-batuan sepanjang jalan  membawa anda melalui taman indah ke pemandangan air terjun, jambatan yang melintangi di atas kolam koi hinggalah ke  Rumah Teh Jepun. setiap perincian yang anda lihat mencerminkan senibina Jepun yang asli. Terletak 3.500 meter dari aras laut. Taman dirancang dan direka oleh arkitek ternama Jepun, Mr Kaio Ariizumi dan dibina oleh sebuah pasukan dianggotai 22 tukang bekebolehan tinggi dari Jepun


apa yang ada disini: 


 Japanese Tea House & Garden


Ume Tatami Suite


       Ryo Zan Tei Japanese      Restaurant


Tatami Spa


Botanical Garden            


 tangkapan lensa :


pintu gerbang ke taman
x de motif pon sje je nk letak gmbr amoi ni
sambil-sambil duduk tengok ikan(nak bagi ikan makan ,beli makanan dia dekat situ ade jual)
contoh senibina traditional jepun
tuan tanah debungor
kat sini ada servis amek gambar pakai kimono*tapi berbayar la*
enjoy the scene of nature~


ulasan: Btw agak seronok jika nak makan angin di sini tapi problemnya makan angin je lah sebab cuma ada restauran jepun kat dalam ni*tak tau halal ke tak*. kalau nak senang bawak bekal siap-siap dalam mangkuk tingkat.







Thursday 24 March 2011

pokok pagaran,(penyediaan dan penjagaan)

Hedges



  • istilah yang digunakan dalam seni bina landskap, membawa maksud pagar hidup atau pagar daripada tumbuhan. Ia turut dikenali sebagai ‘tanaman pagaran’.
  •  Digunakan sebagai penanda persempadanan atau tepian kawasan, hedges dikatakan sebagai satu medium membentuk mood sesuatu kawasan supaya lebih privasi.  
  • Hedges dibentuk dengan menggabungkan kumpulan pokok yang minimum dan ditanam secara rapat dalam barisan yang sama tetapi kebiasaannya hanya satu spesies digunakan. 

Antara spesies pokok yang sesuai untuk dijadikan pagar:


Duranta repens
Acalypha siamensis
Plumbago capensis

Bagi spesies yang boleh digunakan sebagai penghadang pula ialah pokok jenis konifer seperti blue juniper, pokok palma dan daun buluh yang mampu tumbuh tinggi menutupi dinding atau bahagian bangunan yang ingin dilindungi.

Tip penyediaan dan penanaman hedges

• Pokok dipilih untuk dijadikan pagar sebaiknya bersaiz tidak lebih daripada 60 sentimeter tinggi manakala untuk dijadikan penghadang tidak melebihi satu meter tinggi.

• Tanah campuran yang mudah diperoleh dari tapak jualan pokok-pokok (nurseri) boleh digunakan untuk mengisi lubang siap digali.

• Pokok dikeluarkan dari beg plastik dan ditanam dalam dua barisan secara zig-zag.

• Pokok disiram dua kali sehari. Pastikan kuantiti air tidak berlebihan supaya pokok tidak mudah reput.

• Selepas pokok mencapai ketinggian maksimum yang diperlukan, cantasan boleh dimulakan secara sedikit-sedikit sehinggalah pokok dapat dibentuk mengikut dikehendaki.

Tip Penjagaan hedges


• Pokok hendaklah dibenarkan tumbuh sehingga sekurang-kurangnya sekali ganda daripada ketinggian asal ketika ditanam sebelum mula mencantas.

• Cantasan pokok membantu pokok lebih padat, sihat dan kekal lebih lama selain dapat mengawal ketinggian hedges. Rupa bentuk dan teksturnya pula akan tampak lebih cantik dan lembut.

• Pembajaan dibuat setiap dua minggu menggunakan baja untuk daun atau baja organik yang juga mudah didapati.

• Gunakan baja dalam kuantiti sedikit, lebih kurang satu hingga sudu kecil untuk setiap pokok.

• Bagi hedges yang menyerlahkan kecantikan warna daunnya, sebaiknya gunakan baja bunga dan bukannya baja daun.


Inovasi  tanaman pagaran /hedges:











Saturday 19 March 2011

cempaka hutan@ gardenia carinata

Fragrant tree (love the smell of it)
ketinggian lazim cempaka hutan di jual di nurseri adalah 2 meter


mengenali pokok beraroma wangi cempaka hutan

Botanical name: Gardenia tubifera
Common name:kedah gardenia,cempaka hutan
Origin: Malay Peninsular
Family: Rubiaceae
Flowers:terdapat warna kuning(kuning tua bila mekar) dan putih
Soil: Tanah berasid dan neutral, tanah yang kaya dengan bahan organic
Growth : Slow growing/ lambat membesar.
Sunlight: Separa hingga matahari penuh
Height: ketinggian matang pokok boleh mencecah 15meter

Notes:

ketinggiannya yang sederhana tinggi dan mudah dijaga menjadikan gardenia carinata pilihan utama untuk ditanam di taman-taman  Malaysia.

bunga cempaka juga terkenal di dalam penghasilan minyak wangi dan potpuri 


p/s :lama x post entry baru... kebusyan yang terlampau membuat saya balik rumah dan teruih tido ^.^

Monday 14 March 2011

mengenali lat

terpanggil untuk bercerita tentang lat sejak membaca surat khabar mingguan yang lepas.saya memang meminati lat semenjak di sekolah rendah lagi membaca karya-karya beliau sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai masyarakat kampung di malaysia pada suatu ketika dahulu.Ianya adalah kartun yang sangat nostalgik dan sentimental walaupun penceritaan beliau dilukis sebelum saya lahir lagi.tidak keterlaluan jika saya katakan ianya komik malaysia yang terbaik.lukisannya ringkas tetapi mesej yang ingin disampaikan begitu jelas dan saya dapat merasai kejujuran di dalam karya beliau.

ABOUT LAT







name: Dato' Mohammad Nor Khalid(Lat)
Born: 5 March 1951  Kota Bharu, Perak, Malaysia
Occupation: Cartoonist
Years active:    Since 1974(pada tahun 1964 karya beliau telah disiarkan di Majallah  filem ketika berumur 12 tahun)
Notable works:    The Kampung Boy (1979)
                              Scenes of Malaysian Life (1974– )
                              Keluarga Si Mamat (1968–1994)
Relatives: Mamat Khalid (brother) pengarah filem
saya seorang yang amat gilakan komik/manga/manhwa sejak dari kecil.kadang kala dalam sebulan bukan sahaja membeli komik saya juga akan membaca secara
online untuk mengikuti komik-komik kegemaran saya khususnya manga/manhwa.di malaysia masih ramai lagi yang beranggapan komik
 adalah bahan bacaan bermutu rendah dan profession sebagai pelukis komik tiada masa depan.tanggapan salah Ini sudah pun dibuktikan oleh lat bahawa komik
 malaysia setaraf dengan negara-negara yang lain.antara pengiktirafan pencapaian beliau 
    * 1994 – Honorific title of datuk
    * 1998 – Eisenhower Fellowship
    * 2002 – Fukuoka Asian Culture Prize
    * 2005 – Petronas Journalism Awards (Special Jury Award)
    * 2007 – Honorary Doctorate in Anthropology and Sociology
    * 2010 – Civitella Ranieri Visual Arts Fellowship

walaupun dengan pencapaian yang cemerlang beliau seorang yang merendah diri.*cayalah!!


serius saya katakan komik di malaysia kini banyak meniru strok lukisan-lukisan negara luar.ada yang seakan-akan manga ada pula yang seperti marvel komik membuatkan saya tertanya-tanya
di mana hilangnya keaslian komik kita.tidak salah untuk belajar daripada komik-komik luar cuma tidak perlulah muka watak-watak komik sama seperti bleach ,one piece dan sebagainya .yakinlah pada kemampuan diri sendiri dalam mencipta identiti sebagai pelukis komik malaysia ,saya percaya ada banyak bakat-bakat di luar sana yang boleh digilap.begitu juga kepada penerbit komik yang cenderung menerbitkan komik bermusim ,berilah kesempatan kepada bakat tempatan untuk mencurahkan karya mereka.

jika anda seorang pelukis lukislah dari mata yang melihat,hati yang merasa dan pemikiran yang bijaksana.
 

p/s:emosi sikit entry ni sebab I luv comic so much.huhu~



















Sunday 13 March 2011

orkid (penyediaan dan penjagaan)

orkid adalah tanaman yang popular untuk ditanam kerana sifat nya yang unik dan mempunyai pelbagai jenis warna. Akan tetapi ia juga dikenali dengan sifat nya yang sensitif, lantaran itu ramai memilih untuk tidak menanam orkid *sayang betul.Oleh itu, saya akan menerangkan langkah penanaman orkid dari mula hinggalah rutin penjagaannya.


 medium untuk penanaman orkid 
ada banyak medium yang boleh digunakan untuk menanam pokok orkid .
a)arang @ kayu2 terpakai bersama dengan batu-bata tanah liat
b)habuk papan
c)sungkupan sabut kelapa
d)perlite, tanah gambut dan pasir

 prosedur :

1)boleh gne ape-ape medium diatas tapi saya sarankan guna habuk papan atau coco peat                              
coco peat boleh didapati di mana-mana nurseri

2)penuhkan separuh dari pasu dengan coco peat kemudian secara tegak masukkan anak                        pokok orkid.kemudian masukkan lagi coco peat sehingga penuh .                                                         

3)padatkan habuk papan dan siram bagi tujuan melembabkan medium tersebut.

tips:
  • penyiraman :sekali sehari  (pastikan tidak terlebih air kerana akar orkid akan rosak)
  • pembajaan :2 kali seminggu 
  • keperluan:cahaya yang teduh (boleh letak plant shelter)
  • keratan bunga orkid boleh bertahan sehingga 2 minggu didalam bekas yang berisi sedikit air.sangat sesuai dijadikan gubahan bunga segar.

cantik bukan? selain boleh di tanam di luar terdapat juga indoor orchid

p/s:mak saya seorang penggemar orkid.juga seorang yang sensitif :)

Friday 11 March 2011

hari pertama debungor

Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah ke blog debungor .dah agak lama nak buat blog ni  sebenarnya tapi tak tahu kenapa tak tertekan-tekan kat perkataan blog tu  tehee~ mungkin pengaruh rakan sebaya dan kakak yang dah advance berblogging.


T
ujuan saya berblog ini adalah untuk memberi pendapat dan memberi pengetahuan kepada pembaca debungor agar dapat sedikit sebanyak  mendalami pengetahuan mengenai landskap dan juga tanaman-tanaman dan penjagaanya.


definisi yang benar mengenai landskap adalah:

American Society of Landscape Architect (ASLA)
Sains dan seni yang berkaitan dengan perancangan guna tanah yang sistematik yang berkaitan dengan pemeliharaan sumber alam.”
“Yang berkaitan dengan rekabentuk, ruang dan tempat di luar bangunan”
“Yang berkaitan dengan ciptaan lingkungan hidup yang berguna, selamat dan selesa”
“ tindak balas manusia dengan alam sekitar”. (1981)


Frederick .Law. Omlsted (father of landscape architect)
“adalah seni dan sains hubungkait di antara insan dan alam semulajadi, kerana alam semulajadi penting untuk moral dan kebahagian”. - (1860-1870)


Hurbbard & Kimball

“seni mereka bentuk untuk memelihara keindahan persekitaran supaya lingkungan hidup manusia menjadi selesa, sihat dan mudah”. (manusia dan alam sekitar) -‘Landscape Design’, Introduction of landscape design (1917).

keyword: seni dan sains dalam membentuk persekitaran

p/s:dulu ramai ingat yang ambil landskap ni nanti jadi tukang kebun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
terima kasih ,sila datang lagi. Powered by Blogger.