![]() |
bunga kantan |
Pokok Kantan adalah tumbuhan wajib tanam :) akhir-akhir ini pokok kantan mendapat sambutan dalam pilihan tanaman landskap selain dari menjadi perencah masakan tradisional, bunganya juga popular dijadikan seni susunan bunga (Ikebana).Bunganya sangat cantik berwarna merah jambu kemerahan lebih cantik bila bunganya mekar
Penerangan:
Botanical name: Etlingera elatior
Common name: Pokok kantan,torch ginger,
categori: tree
Origin:Malaysia-Indo
Family: Zingiberaceae
Soil:boleh hidup di pelbagai jenis tanah* elakkan menanam di kawasan yang menakung air.*
Growth : cepat
Height: 3-5 meter
Tips penjagaan:
Pembajaan : bermula dengan CIRP (50 gm/pk) dan 125 gm/pk semasa menanam dan 4 bulan pertama dengan tahi ayam (1 kg/ pk). selepas 5 bulan guna NPK 15:15:17:2 (30 gm/ pk) dinaikkan kepada 70 gm, 100 gm pada bulan ke 7 dan ke 9. Pembajaan selepas 15 bulan sebanyak 0.5 kg/pk setahun di buat 2 kali
Pencahayaan: separa penuh(lebih sesuai),di bawah pokok
Penjagaan : tidak memerlukan penjagaan yang rapi kecuali batangnya yang kering perlu dibuang dan pangkalnya disungkup dengan daun reput.
pembiakan: Pokok kantan mudah dibiakkan dengan cara menanam rizomnya atau dengan cara
belahan rumpun
belahan rumpun
jarak penanaman: Jarak disyorkan ialah 2 m x 1 m dalam lubang penanaman. Letakkan rizom bersusun dan pada peringkat awal tutup dengan sungkupan dari rumput/ daun untuk melindungi tunas baru. Sistem tanaman disesuaikan dengan tanaman selingan atau tanaman tunggal. Bagi kaedah tanaman selingan dengan getah ditanam dalam jarak getah 6m x 3m (555 pokok/ha) dan jarak kantan ( 2m x 1 m sebanyak 333 pokok/ha). Jika selingan di kawasan dusun buah2an sebanyak 3,333 pokok/ha dan jika di tanam secara tunggal sebanyak 4,200 pokok/ ha.
penggunaan:
Bunga kantan digunakan dalam kuah laksa*like* , masak asam pedas dan kerabu.
selain itu:
Bunga kantan digunakan dalam kuah laksa*like* , masak asam pedas dan kerabu.
selain itu:
- Batang - mengubati penyakit bengkak-bengkak
- Buah - menambah selera makan
- Ubi - perisa dalam makanan
- Bunga - bahan gubahan jambak-jambak bunga
- Biji - mengubati sakit telinga
p/s: mengapa beli sedangkan boleh tanam sendiri?
4 comments:
sedap ble tgk laksa tu..
yup.. tanpa bunga kantan xsedap laksa jadinyer..
~tingat bf kite time blaja dlu..
sbb dia kos landskap.. hafal2 name saintifik bunge2.. ehehehee.. ;)
nice info~
eh ye ke~ bf msuk u mne??haha samer la dlu2 pon nak terbelit2 lidah sebut nama2 scientific pokok2 :D
menarik giler ur bloggggg ;D
Tumpang singgah.....
Post a Comment