Friday, 9 November 2018

Pokok Kenanga / Cananga Odorata


Kenanga atau Ylang-Ylang adalah sejenis bunga yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri parfume & aroma therapy. Antara perfume yang terkenal menggunakan Kenanga seperti Chanel no.5, Coco Mademoiselle, Christian Dior J'Adore Extrait dan banyak lagi.
Selain dari kegunaannya dalam wangian, bunga kenanga juga dipercayai memberi manfaat kepada kesihatan samada digunakan sebagai stress reliever ia juga membantu merawat darah tinggi.
Kewujudannya adalah suatu rahmat tuhan dan antara wangian kegemaran debungor. Terdapat 2 variant iaitu Cananga Odorata & Cananga Lotifolia . Bunga Kenanga yang matang berwarna kuning dan hijau ketika masih muda.

Penerangan:

Botanical name: Cananga Odorata
Common name: Kenanga, Ylang Ylang
Category: Tree
Origin: Malaysia, Indonesia & Philippines
FamilyAnnonaceae
Soil: Tanah berasid
Growth :cepat
Height: 3- 30 meter  (pruning diperlukan)

Pokok Kenanga 

Bunga Kenanga




Penjagaan:

Penyiraman sekali sehari
Pembajaan : dua minggu sekali
Pencahayaan: matahari penuh(lebih sesuai)

bunga kenanga yang dicuri dari laman mak debungor

Notes Mak debungor seorang penggemar bunga Kenanga, Debungor selalu petik beberapa kuntum bunga dan letak di bilik. Bau harumnya boleh tahan dari 4-7 hari. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
terima kasih ,sila datang lagi. Powered by Blogger.