Sunday 5 June 2011

pisang darah/ musa zebrina

pisang darah/ musa zebrina
pisang darah / blood banana. Namanya mungkin kedengaran agak menyeramkan bagi yang tidak mengenali spesies ini. Musa zebrina bukanlah jenis pokok pisang yang berdarah akan tetapi namanya diambil sempena warna tompokan merah gelap di bahagian daunnya. Oleh kerana keunikan warna yang terdapat pada Musa zebrina ini ,ia menjadi kegemaran ramai sebagai menghiasi landskap/taman/ruang.
 
Penerangan:


Botanical name: Musa zebrina
Common name: Pisang darah, blood banana
Category : pokok renek, shrubs,ornamental foliage
Origin: Indonesia
Family: Musaceae
Soil: tanah lembab dan bersaliran baik
Growth : cepat
Height: 2-3 meters
Landscape uses: sesuai ditanaman secara secara berkumpulan atau tanaman pagaran, susun atur musa zebrina bersama-sama tanaman renek yang lain dapat memberikan suatu taman tampak lebih menarik.


tompokan pada daun jelas kelihatan

sesuai dijadikan tanaman hiasan rumah

penjagaan:
Penyiraman :sekali sehari (bergantung kepada kelembapan tanah)
Pembajaan : 3 minggu sekali (
letakkan baja sekeliling pokok dalam keluasan 10.16 hingga 20.32 cm. Pastikan baja tidak mengenai batang pokok. Bagi pokok yang ditanam dalam pasu seeloknya kadar baja adalah separuh daripada baja untuk pokok di luar pasu.)
Pencahayaan: matahari penuh(lebih sesuai) atau separa penuh

1 comments:

Maharaja Kegelapan said...

Bagus la awak punya blog ni. Saya dari pbt senang nak cari info. Tapi apasal berenti?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
terima kasih ,sila datang lagi. Powered by Blogger.