Wednesday 27 April 2011

kepada mereka yang baik hati

maaf kali ini debungor tak post entry pasal (Arts,nature,architecture) :) cuma terdetik hati nak tulis pasal mereka yang pernah menolong debungor ketika dalam kesusahan(orang luar/strangers) ...so feel free to read or if you don't its okay just close the browser....


terima kasih pertama:

kepada: pakcik rahman ...maaf ya saya tersilap save nombor pakcik sebab kelam kabut sangat ...saya ucap terima kasih banyak-banyak kat pakcik sebab pak cik tolong saya 2 tahun yang lepas.(tak ingat haribulan).saya tak dapat nak contact sebab salah nombor...kalau pakcik baca terbaca blog ni sila tinggalkan komen ya...

kes:  debungor kena tinggal bas sri maju masa otw dari uitm perak nak balik rumah  masa tu kat  R&R bidur.time tu tgh line up nak masuk toilet tiba-tiba kene potong ngan 2 orang budak kecik .budak-budak tu terus masuk toilet nak tak nak terpaksalah tunggu sebab dah tak tahan kan:) lagipun dah pesan ngan conductor bas suruh tunggu.tiba-tiba bila debungor keluar toilet nampak bas dah gerak so debungor pon larilah kejar ...malangnya driver tu tak tengok pon side mirror dia pon terus je jalan...semua orang kat R&R pon tercengang tak tahu nak tolong debungor...nasib baik ada pakcik ni dia bawak treler, dia yang tumpangkan debungor sampai ke perhentian sungai buloh. pakcik tu nak pergi Klang so tak boleh nak hantar sampai puduraya.

Time tu debungor call abang & abang ipar suruh diaorang cari bas tu sebab barang-barang debungor semua ada kat dalam bas nasib baik simpan handphone dalam poket kalau tak tak taulah cam mana....dalam beg tu ada kamera sony cybershot,laptop,mp3,dompet ,baju,kasut,broadband,buku & assignment dan macam-macam lagi*biasalah perempuan* kalau ada yang curi dan jual boleh dapat ribu-ribu jugak lah...perasaan masa tu tuhan je lah yang tahu dengan takutnya naik treler dengan orang yang tak dikenali...takut hilang barang lagi.tak tahu nak cakaplah memang kelam kabut dibuatnya....nasib baik ada pakcik ni yang tolong debungor.kalau tak entah macam mana nasib time tu...

sampai je dekat R&R sungai buloh abang ipar jemput debungor pastu kitaorang terus pergi hentian puduraya.pada masa yang sama abang debungor pergi hentian carik bas tu...debungor sempat jugaklah ingat no plat masa kejar bas kat R&R then bagi no tu kat abang so abang carik lah dan jumpa jugak ...habis kena maki lah driver tu. End of story  kitaorang pergi buat report dekat JPJ dan barang-barang debungor dapat diselamatkan...Alhamdulillah ...

p/s:masih ramai yang baik hati dalam dunia  ni ...terima kasih banyak-banyak ya pakcik rahman sebab tolong saya:)
serik dah naik bas ni...maaf ya pengusaha bas sri maju

Monday 25 April 2011

Caryota no / Giant fishtail palm

Caryota no / Giant fishtail palm

pertama kali debungor melihat giant fishtail palm ini ,debungor tertanya-tanya spesies apakah tumbuhan ini pokok atau palm?sampai tercari-cari kat dalam buku nak tengok nama sebenar palm ini :).Debungor menggelarkan palm ini 'paku-pakis gergasi' kerana daunnya seperti daun paku-pakis yang besar dan juga mempunyai ketinggian yang sangat tinggi.

Penerangan:

Botanical name: Caryota no
Common name: Giant fishtail palm
categori: palma
Origin: Indonesia
Family: Arecaceae
Soil:Tanah lembab berasid
Growth :cepat
Height: 25 meter  

pandangan taman yang mempunyai giant fishtail palm


buah tidak boleh dimakan
daun giant fishtail palm
penjagaan:
 
Penyiraman : 2 hari sekali
Pembajaan : dua kali seminggu 
Pencahayaan: matahari penuh(lebih sesuai)

Notes: giant fishtail palm adalah palm yang sangat cantik .jika taman anda berkonsepkan tropika, giant fishtail palm adalah pilihan yang tepat.

Wednesday 20 April 2011

Environmental art

Banksy (secretive urban graffiti artist) his arts is quite ironic and sarcastic  

environmental art 

umumnya digunakan untuk merujuk kepada pendekatan seni terhadap isu-isu ekologi dan alam semulajadi, samada seperti  formal, politik, sejarah, atau konteks sosial.

Spiral Jetty by Robert Smithson
Clemson clay nest by Nils-Udo

sacred groves by Lea Turto

sculpture by andy goldsworthy

art by Tylicki (urban theme: approaches pollution by human kind and how we are throwing away money to not help with anything)
"Earth Tear" by Marta Thoma, Recycled Bottle Art

mengapa pentingnya environmental art

  • memberi informasi dan menafsir alam semulajadi  dan proses pembentukannya juga mendidik kita tentang masalah persekitaran
  • Mengambil kira kuasa alam  semulajadi / kekuatan persekitaran , mencipta karya seni  yang dipengaruhi oleh angin, air, petir, bahkan gempa bumi
  •  menjalinkan hubungan antara kita dengan alam, mencadangkan cara-cara baru bagi kita untuk hidup saling berkait dengan alam semulajadi.
  • memulih dan memelihara kerosakan persekitaran, pemulihan ekosistem dengan cara artistik dan penerapan nilai aesthetic
 impak tehadap kehidupan
  • mengurangkan pencemaran dan menjadikan manusia lebih menghargai/cintakan alam semulajadi
  • hidup dengan persekitaran yang sihat,cantik dan bersih seterusnya membina jiwa yang lebih tenang dan minda yang cergas
  • keseimbangan ekosistem (pembanggunan dan persekitaran)
 
 p/s: maaf kerana merojakkan bahasa .susah nak translate semua ayat sebab takut maksud tak sama :)

    Tuesday 19 April 2011

    teknik pembiakan tanaman (penyediaan dan penjagaan )

    Taman Tasik Taiping
    keindahan pokok-pokok di T.T.Taiping

    Melihat pokok-pokok yang rendang berbunga pasti membuatkan ramai ingin mengetahui bagaimana cara-caranya untuk menanam pokok, khususnya dari permulaan proses tanaman.Oleh itu, debungor ingin berkongsi teknik pembiakan tanaman yang boleh dipraktikkan bersama .Keberkesanan kesemua teknik ini bergantung kepada kesesuaian jenis tanaman yang dipilih dan mengikuti prosedur dan penjagaan yang betul.Hope info ini dapat membantu anda semua :)

    (teknik penanaman semulajadi )

    • rayapan/menjalar
    • belahan 
    • umbisi
    • bebawang
    • rizom
    • tuber
    • biji benih induk
    1.0 penanaman melalui biji benih 

    contoh biji benih

    1.  Panduan cara memilih biji benih
      • Bagi pokok semusim, pilih biji benih daripada pokok yang sihat, tidak terlalu besar atau terlalu kecil
      • Buah yang dipetik hendaklah cukup masak
      • Bebas dari penyakit dan perosak
      • Biji benih perlu dikeringkan/disimpan di tempat yang sesuai
      • Bernas
    2. Merawat biji benih
      • Biji benih perlu dirawat terlebih dahulu sebelum disemai (mengelakan penyakit –jenis kulat)
          • Thiram
          • Benlate
          • Copper sulfate (kadar bancuhan 1 gm/liter air)
    3. Medium penyemaian
      • Sabut terproses, vermiculite, perlite, pasir
      • Camputan bahan di atas
    4. Langkah penyemaian
      • Sediakan medium pasir sungai ke dalam bekas
      • Siram supaya medium lembap
      • Biji benih halus digaul dengan pasir (1 bhg benih:3 bhg. pasir)
      • Tabur biji benih di atas permukaan medium
      • Biji benih ditutup dengan satu lapisan medium dan siram semula
      • Bekas ditutup dengan plastik hingga benih bercambah

    (teknik penanaman buatan)

    1.0 teknik keratan dahan,daun dan batang
    keratan daun,batang dan akar

    Menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman

    1.0.1 Jenis keratan batang
    • Keratan Kayu Lembut 
            - bahagian termuda sekali atau masih hijau      
            - panjang keratan 10-15 cm, 2-3 helai  daun
            - contoh : Altenanthera sp, Portulaca sp. dan Coleus sp.
    • Keratan Kayu Sederhana
             - bahagian dahan atau ranting yang baru matang                                                              
             -panjang keratan 10-20 cm, beberapa helai daun 
             -  contoh : Hibiscus sp., Duranta sp. dan Ixora sp.

    • Keratan Kayu Keras  
           - bahagian batang atau dahan yang telah matang    
           - semua daun hendaklah dibuang
           - contoh : Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis  dan Baphia nitida
                                               
    1.0.2 Medium penyemaian
    • medium mempunyai saliran baik, gembur, tidak mgandungi biji benih rumpai & agen penyakit serta serangga                                      
    • medium yang sesuai :1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik

    1.0.3 Hormon pengakaran
    •   digunakan untuk membantu dan menggalakkan pengeluaran dan pertumbuhan akar
    •   jenis hormon ?Seradix 1, 2, 3 dan Hormoton A dan B

    1.0.4 Menyemai keratan
    • sebelum menyemai, celup bahagian bawah keratan dengan hormon penggalak akar
    • masukkan ke dalam lubang atau alur yang disediakan

    1.0.5 Pembentukan akar
    • akar keratan akan mula tumbuh dalam masa 1 minggu hingga 6 minggu
    • keratan yang tidak mudah dicabut menunjukkan ianya telah mula berakar

    2.0 teknik TUT
    teknik tut
    • Teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada induk
    • Bahagian yang terlibat mendapat makanan dan air dari pokok induk
    • Apabila tut telah berjaya, ia dipisahkan daripada pokok induk
    • Kelebihan tut
                                i.      Ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya
                                ii.      Tanaman baru lebih cepat matang

    2.0.1 Kekurangan tut
                                i.      Tidak boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak pada
                                        sesuatu pokok induk
                                ii.      Tanaman lebih mudah tumbang kerana tidak mempunyai
                                         akar tunjang
                                iii.      Memerlukan kemahiran membuat tut

    2.0.2 Medium pengakaran
                                i.       nisbah yang sesuai ialah 1 bahagian tanah loam dan 1
                                         bahagian bahan organik
                                ii.       medium digaul rata dan dicampur sedikit air supaya
                                         melekit untuk dibentuk bebola

    2.0.3 Pemilihan dan penyediaan dahan
    • pilih dahan pokok induk yang sihat, ukuran diameter 1 cm dan tiada ranting kecil pada bahagian yang hendak dilakukan tut
    • buat dua kelaran mengelilingi dahan pada jarak 2.5- 5 cm
    • kopek kulit antara kelaran tersebut dan kikis lapisan kambium untuk mengelakkan kulit bercantum semula
    • sapukan hormon penggalak akar pada bahagian atas
    • bentuk medium seperti bebola 5 cm diameter
    • bahagikan bebola kepada dua bahagian dan lekapkan pada bahagian yang dikikis
    • kejapkan medium pada dahan dan balut dengan plastik lut sinar
    • ikat kedua-dua hujung bahagian yang telahdibalut

    2.0.4 Penjagaan tut 
    • ranting yang dibuat tut akan mula berakar setelah beberapa minggu direkodkan :
    1. Tarikh membuat tut
    2. Tarikh tut mengeluarkan akar
    3. Kira peratus kejayaan tut

    2.0.5 Mengubah anak pokok 
    • tut akan berakar dalam masa 1-3 bulan
    • tut yang berjaya boleh diubah ke beg politena atau pasu
    • potong dahan bahagian bawah tut untuk asingkan dari induk
    • buang plastik lut sinar sebelum anak pokok ditanam untuk membolehkan akar berkemban


    3.0 teknik cantuman baji dan sandingan
    • Cantuman baji dilakukan untuk menukarkan pokok besar
    • Cantuman sanding dilakukan untuk mencantum beberapa varieti menjadi satu pokok
    • Tumbuhan yang sesuai untuk cantuman baji :Coleus blumei, Bougainvillea sp. dan Hibiscus rosa sinensis
    • Tumbuhan yang sesuai untuk cantuman sanding :Acalypha sp. dan Codieum variegatum
    3.0.1  Teknik cantuman

    Cantuman baji    
    • sion diambil dari pokok induk dan disatukan kepada pokok penanti   (stok)yang telah dibuat belahan                                             
    • 2-3 minggu periksa cantuman, jika sion masih hijau, cantuman berjaya
    Cantuman sanding 
    • dilakukan terhadap dua batang pokok yang bersaiz hampir sama
    • kedua-dua sion dan pokok penanti dihiris selebar 2-3 cm, kemudian ditemukan supaya  bahagian kambium bertemu dengan baik
    • ikat tempat cantuman dengan pita
    • pada masa ini sion masih mendapat bekalan nutrien dari pokok induknya
    3.0.2 Penjagaan pokok cantuman    
    • setelah dicantum, letakkan di tempat yang teduh
    • siram dua kali sehari
    • pokok dilabel tarikh cantuman, kaedah dan jenis cantuman
    • selepas 10-14 hari tanggal serkup plastik pada cantuman baji untuk pastikan kejayaannya
    • apabila cantuman sanding berjaya, potong sion daripada pokok induknya bagi membolehkannya membesar bersama pokok penanti
    credit to: website fazlisyam.com & forumpertanian.8.forumer.com 

     p/s: entry ini dibuat untuk menjawab persoalan faizfiraz

      Monday 18 April 2011

      Pokok kemboja/plumeria rubra cultivar

      plumeria rubra cultivar

      pokok kubur.gelaran itu yang sering digunakan oleh kita apabila bercakap mengenai pokok kemboja ini.umumnya pokok kemboja memang banyak ditanam di tanah-tanah perkuburan. debungor sendiri tertanya-tanya mengapa pokok kemboja dipilih ,mungkinkah kerana baunya.Bagi Debungor pokok kemboja sangat tersendiri kerana karekter daun,rantingnya yang banyak dan juga bau bunga yang harum.sesuai untuk ditanam di mana-mana sahaja.

      Penerangan:

      Botanical name: plumeria rubra cultivar
      Common name:pokok kemboja, Frangipani
      categori: tree
      Origin: Tropical America
      Family: Apocynaceae
      Soil:boleh hidup di pelbagai jenis tanah
      Growth : cepat
      Height: 8 meters
      Landscape uses: sesuai ditanaman secara tunggal (menjadi tanaman fokal),secara berkumpulan dan juga secara selari
      Kegunaan lain:
      1.Bunga,getah,kulit, batang,daun Bunga&kulit- bengak badan(Kulit pokok yang telah
      ditumbuk halus kemudian direbus tunggu hingga suam dan rendam tempat
      yg bengkak)


      2.getah&daun- Bisul(layurkan daun muda tekapkan pada
      bisul)(sapukan getah pokok sekeliling bisul)



      pokok kemboja
      bunga kemboja
      penjagaan:
      Penyiraman :sekali sehari
      Pembajaan : dua minggu sekali
      Pencahayaan:
      matahari penuh(lebih sesuai) atau separa penuh



      p/s:ramai orang takut nak tanam sebab kononya hantu suka duduk dekat pokok kemboja ni, tahyul semua tu hantu syaitan ada dimana-mana sahaja .....kalau tempat-tempat busuk atau maksiat tu memanglah banyak syaitan tapi tak takut pula ya :)

      Thursday 14 April 2011

      pokok buluh /bambusa (jenis dan penjagaan)

      Bamboo forest, Arashiyama, Kyoto
      pokok buluh tidak lagi asing bagi rakyat malaysia kerana sering digunakan dalam kehidupan seharian samada perabot, tanaman hiasan & pagaran, makanan , seni kraft tangan dan banyak lagi. Di china dan jepun buluh seringkali dikaitkan dengan keagamaan dan budaya masyarakat mereka.Bagi pendapat debungor pokok buluh sangat istimewa kerana mampu memberi ketenangan dan perasaan nostalgia.Bunyi desiran angin yang melalui dedaun pokok buluh sangat menenangkan jiwa:)

      Penerangan:
      Botanical name Bambusa sp. 
      Common name: Pokok buluh,bamboo tree
      categori: tree
      Origin: asean
      Family: Poaceae
      Soil: tanah berasid,campuran tanah loam dan coco peat juga sesuai
      Growth : cepat
      Height: 4-6 meter
      penjagaan:
      Penyiraman :3 atau 4 kali semingu *bergantung kepada kelembapan tanah*
      Pembajaan : 2 minggu sekali
      Pencahayaan: Separa hingga matahari penuh

      Jenis pokok buluh untuk tanaman landskap
      :

      bambusa heterostachya variegata
      Botanical name bambusa heterostachya variegata
      Common name: buluh putih 
      landskap design: pagaran,topiari
      Height: 4 meters



      Thyrsostachys siamensis
      Botanical name: Thyrsostachys siamensis 
      Common name: buluh siam(antara pokok buluh yang femes)
      landskap design: pagaran,topiari
      Height: 6 meters



      Bambusa Ventricosa
      Botanical nameBambusa Ventricosa
      Common name: Buddha's belly bamboo, bottle bamboo
      landskap design: topiari
      Height: 4 meters



      bambusa vulgaris c.v. vittata
      Botanical name bambusa vulgaris c.v. vittata
      Common name: buluh gading
      landskap design: pagaran,topiari
      Height: 4 meters



      bambusa heterostachya
      Botanical name bambusa heterostachya
      Common name: buluh galah
      landskap design: pagaran,topiari
      Height: 4 -6meters



      bambusa multiplex
      Botanical name bambusa multiplex 
      Common name: buluh pagar
      landskap design: pagaran
      Height: 4 meters

       
      schizostachyum brachycladum
      Botanical name schizostachyum brachycladum
      Common name: buluh kuning
      landskap design: pagaran
      Height: 4 meters


      phyllostachys nigra
      Botanical name phyllostachys nigra
      Common name: buluh hitam
      landskap design: pagaran
      Height: 4 meters

       
      pleiobastus fortunei
      Botanical name pleiobastus fortunei
      Common name: buluh renek
      landskap design: tanaman tutup bumi
      Height: 400mm

      *credit*


      p/s: debungor dari sungai buloh tapi tak pernah nampak pon pokok-pokok buluhnya^.^"

      Tuesday 12 April 2011

      pokok bunga kantan/Etlingera elatior (penjagaan dan penggunaan)

      bunga kantan

      Pokok Kantan adalah tumbuhan wajib tanam :) akhir-akhir ini pokok kantan mendapat sambutan dalam pilihan tanaman landskap selain dari menjadi perencah masakan tradisional, bunganya juga popular dijadikan seni susunan bunga (Ikebana).Bunganya sangat cantik berwarna merah jambu kemerahan lebih cantik bila bunganya mekar

      Penerangan:

      Botanical name Etlingera elatior
      Common name: Pokok kantan,torch ginger,
      categori: tree
      Origin:Malaysia-Indo
      Family: Zingiberaceae
      Soil:boleh hidup di pelbagai jenis tanah* elakkan menanam di kawasan yang menakung air.*
      Growth : cepat
      Height: 3-5 meter

      Tips penjagaan:

      Penyiraman : sekali sehari *bergantung kepada kelembapan tanah*

      Pembajaan : bermula dengan CIRP (50 gm/pk) dan 125 gm/pk semasa menanam dan 4 bulan pertama dengan tahi ayam (1 kg/ pk). selepas 5 bulan guna NPK 15:15:17:2 (30 gm/ pk) dinaikkan kepada 70 gm, 100 gm pada bulan ke 7 dan ke 9. Pembajaan selepas 15 bulan sebanyak 0.5 kg/pk setahun di buat 2 kali

      Pencahayaan: separa penuh(lebih sesuai),di bawah pokok

      Penjagaan : tidak memerlukan penjagaan yang rapi kecuali batangnya yang kering perlu dibuang dan pangkalnya disungkup dengan daun reput.

      pembiakan: Pokok kantan mudah dibiakkan dengan cara menanam rizomnya atau dengan cara
      belahan rumpun

      jarak penanaman: Jarak disyorkan ialah 2 m x 1 m dalam lubang penanaman. Letakkan rizom bersusun dan pada peringkat awal tutup dengan sungkupan dari rumput/ daun untuk melindungi tunas baru. Sistem tanaman disesuaikan dengan tanaman selingan atau tanaman tunggal. Bagi kaedah tanaman selingan dengan getah ditanam dalam jarak getah 6m x 3m (555 pokok/ha) dan jarak kantan ( 2m x 1 m sebanyak 333 pokok/ha). Jika selingan di kawasan dusun buah2an sebanyak 3,333 pokok/ha dan jika di tanam secara tunggal sebanyak 4,200 pokok/ ha.

      pokok kantan

      penggunaan:

      Bunga kantan digunakan dalam kuah laksa*like* , masak asam pedas dan kerabu.
      selain itu:
      • Batang - mengubati penyakit bengkak-bengkak
      • Buah - menambah selera makan
      • Ubi - perisa dalam makanan
      • Bunga - bahan gubahan jambak-jambak bunga
      • Biji - mengubati sakit telinga
      sebelah kanan tu bukan kantan ya tapi serai

      MasyAllah lazatnya:)

      p/s: mengapa beli sedangkan boleh tanam sendiri?


      Monday 11 April 2011

      pokok delima/pomegranate (khasiat dan penjagaan)

      buah delima/pomegranate

      Telah disebut di dalam Al-Quran, firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.

      Penerangan:

      Botanical name Punica granatum
      Common name:pokok delima,pomegranate
      categori: tree
      Origin:Iran, Himalaya
      Family: punicaceae
      Soil:boleh hidup di pelbagai jenis tanah
      Growth : sederhana
      Height: 1.8-4.6 meter

      pokok delima

      Tips penjagaan:

      Penyiraman : sekali sehari 

      Pembajaan : 3 bulan sekali (guna baja organik)

      Pencahayaan: matahari penuh(lebih sesuai) 

      Buah: pokok delima mula menghasilkan buah setelah satu hingga dua tahun selepas ditanam. 

      Jarak tanaman : 4 meter x 4 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.

      Keluasan tanah: Bilangan pokok delima yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 625 pokok.

      pembiakan: biji benih dan kaedah pembiakan tut.
      Setelah anak pokok berjaya ditut lebih kurang 30 hingga 40 hari untuk mengeluarkan akar dengan baiknya, ia perlu dipindahkan ke dalam polibeg dan diletakkan di bawah naungan sementara sebelum ditanam di kebun.Anak pokok yang melebihi umur tujuh bulan ke atas adalah amat sesuai ditanam, akan tetapi sebelum itu, pastikan pucuk pokok delima telah berwarna hijau tua dan telah matang sepenuhnya.Ini kerana, anak pokok mempunyai akar yang tua dan matang untuk berkembang dengan cepat untuk mencari air didalam tanah.

       khasiat :

      *kandungan nutrisi: riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus
      *menghalang pembentukan sel kanser
      *mencantikkan kulit
      *mencegah dari nyanyuk
      *memberi tenaga
      *elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
      *elok utk sistem penghadaman
      *mengurangkan berat badan
      *mencegah morning sickness( utk org mengandung)
      *memperelokkan rahim
      *dan banyak lagi ~
      ini lah rupa isi delima ,yang ni delima merah ada lagi satu jenis delima putih

      *drool over this picture*

      Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman.
      (Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

      p/s: saya sedang cari pokok delima...kat Sungai Buloh ada jual di mana ya?




      Bucida molineti/spiny black olive

      Cantik ,Menarik,Tertarik itulah gambaran saya mengenai bucida ketika pertama kali melihat pokok ini suatu ketika dahulu.karekternya yang tersendiri seperti berdaun halus, silara,ranting dan dahannya yang mendatar berperingkat-peringkat sangat cantik apabila ditanam secara selari dan teratur.


      Penerangan:

      Botanical name: Bucida Molineti
      Common name: spiny black olive
      categori: tree
      Origin: Bahamas
      Family: combretaceae
      Soil:boleh hidup di pelbagai jenis tanah
      Growth : cepat
      Height: 4 kaki
      Harga:Rm50 adalah harga yang berpatutan *bergantung kepada kematangan/ ketinggian*


      detail pada daun


      penjagaan:
      Penyiraman :sekali sehari
      Pembajaan : dua minggu sekali
      Pencahayaan:
      matahari penuh(lebih sesuai) atau separa penuh


      Notes : Bucida sangat femes di Malaysia,boleh dijumpai dimana-mana, masa saya study dulu pon mesti nak propose pokok ni dalam plan:)

      Thursday 7 April 2011

      batuan landskap (jenis dan design)

      Seringkali terlihat setiap rekaan landskap pasti ada menggunakan batu-batuan dalam setiap perincian suatu rekaan landskap.samada pengunaannya  secara minimal ataupun keseluruhan bagi setiap konsep ,jelas ianya memberi impak terhadap visual suatu ruang.


      contoh-contoh batuan landskap yang boleh didapati di Malaysia:

      penggunaan batu-batuan dapat memberi impak semulajadi dan urat-urat pada batuan tersebut  memberi perincian dan nilai estetik pada suatu rekaan landskap.Ianya tampak lebih menarik jika terdapat keseimbangan  penggunaan batu-batuan dengan tanaman landskap.


      rekaan yang menggunakan batuan ini :

      pavement
      tangga batu

      decorated stone wall
      indoor
      karesansui garden (japanese dry landscape)

       notes: terdapat banyak lagi design yang menggunakan batu-batuan yang boleh didapati di seluruh dunia .jika anda tinggal berhampiran sungai buloh ,anda boleh lawati di tepi jalan sungai buloh dimana ada banyak nurseri-nurseri dan hardscape shop :)

      p/s: maaf jika lambat loading ,post kali ni banyak gambar
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      terima kasih ,sila datang lagi. Powered by Blogger.