Monday 14 March 2011

mengenali lat

terpanggil untuk bercerita tentang lat sejak membaca surat khabar mingguan yang lepas.saya memang meminati lat semenjak di sekolah rendah lagi membaca karya-karya beliau sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai masyarakat kampung di malaysia pada suatu ketika dahulu.Ianya adalah kartun yang sangat nostalgik dan sentimental walaupun penceritaan beliau dilukis sebelum saya lahir lagi.tidak keterlaluan jika saya katakan ianya komik malaysia yang terbaik.lukisannya ringkas tetapi mesej yang ingin disampaikan begitu jelas dan saya dapat merasai kejujuran di dalam karya beliau.

ABOUT LAT







name: Dato' Mohammad Nor Khalid(Lat)
Born: 5 March 1951  Kota Bharu, Perak, Malaysia
Occupation: Cartoonist
Years active:    Since 1974(pada tahun 1964 karya beliau telah disiarkan di Majallah  filem ketika berumur 12 tahun)
Notable works:    The Kampung Boy (1979)
                              Scenes of Malaysian Life (1974– )
                              Keluarga Si Mamat (1968–1994)
Relatives: Mamat Khalid (brother) pengarah filem
saya seorang yang amat gilakan komik/manga/manhwa sejak dari kecil.kadang kala dalam sebulan bukan sahaja membeli komik saya juga akan membaca secara
online untuk mengikuti komik-komik kegemaran saya khususnya manga/manhwa.di malaysia masih ramai lagi yang beranggapan komik
 adalah bahan bacaan bermutu rendah dan profession sebagai pelukis komik tiada masa depan.tanggapan salah Ini sudah pun dibuktikan oleh lat bahawa komik
 malaysia setaraf dengan negara-negara yang lain.antara pengiktirafan pencapaian beliau 
    * 1994 – Honorific title of datuk
    * 1998 – Eisenhower Fellowship
    * 2002 – Fukuoka Asian Culture Prize
    * 2005 – Petronas Journalism Awards (Special Jury Award)
    * 2007 – Honorary Doctorate in Anthropology and Sociology
    * 2010 – Civitella Ranieri Visual Arts Fellowship

walaupun dengan pencapaian yang cemerlang beliau seorang yang merendah diri.*cayalah!!


serius saya katakan komik di malaysia kini banyak meniru strok lukisan-lukisan negara luar.ada yang seakan-akan manga ada pula yang seperti marvel komik membuatkan saya tertanya-tanya
di mana hilangnya keaslian komik kita.tidak salah untuk belajar daripada komik-komik luar cuma tidak perlulah muka watak-watak komik sama seperti bleach ,one piece dan sebagainya .yakinlah pada kemampuan diri sendiri dalam mencipta identiti sebagai pelukis komik malaysia ,saya percaya ada banyak bakat-bakat di luar sana yang boleh digilap.begitu juga kepada penerbit komik yang cenderung menerbitkan komik bermusim ,berilah kesempatan kepada bakat tempatan untuk mencurahkan karya mereka.

jika anda seorang pelukis lukislah dari mata yang melihat,hati yang merasa dan pemikiran yang bijaksana.
 

p/s:emosi sikit entry ni sebab I luv comic so much.huhu~



















3 comments:

julia said...

bkn ke anda seorg yg EMO??

Cahyahana said...

suka kartun Lat !!_!!

Anonymous said...

Kota Bharu, perak atau kota bharu Kelantan???? hmmmmmm mushkil...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
terima kasih ,sila datang lagi. Powered by Blogger.